Fuzzy Homestay terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. |
Anda ingin menikmati suasana tenang dan damai seperti di pekan kecil dan kampung halaman?
Anda ingin menghadiri kenduri perkahwinan ataupun majlis keraian, yang memerlukan anda bermalam disini?
Anda ingin menghadiri perjumpaan anjuran Alumni sekolah menengah anda? (contoh: MCOBA Old Boys Weekend)
Anda pasti akan menikmati penginapan selesa infra 3 bintang yang bertaraf 5 bintang ini.
Fuzzy Homestay menawarkan:
* ruang foyer yang santai untuk menikmati suasana desa yang permai
* ruang tamu yang luas
* 3 bilik tidur yang selesa
* 3 katil bertilam saiz Queen dan 1 katil bertilam saiz individu
* 1 sofa bed yang empuk
* 2 penghawa dingin untuk 2 bilik utama
* 2 bilik air yang bersih, air bertekanan kuat
* televisyen bersiaran saluran yang sangat banyak, njoi
* kerusi perabot yang 'vintage' dan kukuh
* 1 peti ais yang sejuk
* 1 mesin basuh
* 1 'stove' memasak
* 1 'dining table' untuk 6 pelanggan
(Sila rujuk gambar-gambar di bawah)
Mengapa kami memberikan servis seperti menyewa rumah baru yang 'full-furnished'?
Kerana kami adalah Fuzzy HOMEstay,
"Keselesaan dan ketenangan perjalanan anda, merupakan kepuasan dan kegembiraan kami"
Untuk tempahan penginapan,
Sila hubungi:
Puan Syibratun Nusrah Mohd Yusja dan Puan Hajah Fudziah Teh Karim ditalian
017-593 6737
017-580 2950
05-776 4237
Beberapa gambar infra kami, lokasi-lokasi menarik dan testimoni pelanggan kami yang berpuas hati dengan servis homestay kami.
Ruang Foyer yang luas dan santai, sesuai bagi anda yang mahu berehat dan menikmati suasana dinihari yang tenang |
Ruang tamu yang luas dengan pengudaraan yang baik, pintu yang kukuh, permaidani yang bersih dan kusyen yang empuk |
Televisyen yang bersiaran dengan saluran yang banyak iaitu njoi, perabot kusyen berserta sofa tambahan, sesuai untuk pelanggan yang ramai bertandang untuk menginap di homestay kami |
Katil saiz 'Queen', bertilam dan bercadar yang bersih, di bilik tidur utama, dan ianya berpenghawa dingin |
Katil saiz 'Queen', bertilam dan bercadar yang bersih, di bilik tidur kedua , dan ianya juga berpenghawa dingin |
Katil saiz 'Queen' dan katil individu, bertilam dan bercadar yang bersih, di bilik tidur ketiga, dan ada kipas angin yang nyaman dan laju |
Ruangan dapur yang bersih dan mesra pelanggan, ada peti sejuk, mesin basuh, tempat memasak, rak pinggan mangkuk, meja makan beserta kerusi dan penyapu sampah untuk keselesaan pelanggan kami |
Menara jam di bulatan pekan Kuala Kangsar. Tempoh perjalanan berkereta dari Fuzzy Homestay: 2 minit |
Galeri AlMarhum Sultan Azlan Shah, tempat tersimpannya keris laksamana Datuk Hang Tuah, Keris Taming Sari Tempoh perjalanan berkereta dari Fuzzy Homestay: 45 saat |
Masjid Ubudiah, antara masjid tercantik di Malaysia Tempoh perjalanan berkereta dari Fuzzy Homestay: 1 minit 30 saat |
Istana DYMM Sultan Perak, Istana mewah berkubah emas Tempoh perjalanan berkereta dari Fuzzy Homestay: 2 minit |
Istana Kenangan, istana yang dibina menggunakan kesenian teknologi pasak, tiada sebarang paku digunakan untuk membinanya Tempoh perjalanan berkereta dari Fuzzy Homestay: 2 minit 30 saat |
Prep-School Kolej Melayu Kuala Kangsar, dibina pada tahun 1920, tempat lahirnya ramai pemimpin negara Tempoh perjalanan berkereta dari Fuzzy Homestay: 5 minit |
Big Tree dan Big School, (1905) Tempoh perjalanan berkereta dari gatehouse MCKK: 1 minit |
Kiosk Kraftangan dan Galeri Sayong, antara kiosk kraftangan yang termasyhur di Malaysia Tempoh perjalanan berkereta dari Fuzzy Homestay: 4 minit |
Berbelanja cuti-cuti Malaysia di Sayong: 1 jam 5 minit (ralit ber'shopping') |
Rambang mata memilih labu sayong: 15 minit (setiap satu design labu!) |
Hutan Lipur Ulu Kenas Tempoh perjalanan berkereta dari Fuzzy Homestay: 25 minit |
Bermandi manda menikmati kenyamanan udara dan kesejukan air terjun Ulu Kenas:
2 jam 10 minit (seronok berkelah)
Testimoni pelanggan yang menginap di Fuzzy Homestay
Puan Murni: Saya berpuas hati dengan servis penginapan yang diberikan oleh Fuzzy Homestay, ianya selesa dan rasa seperti berpindah ke rumah baru |
En. Saffian: Saya tak kisah sangat bab tidur di homestay ini, yang penting ada 'air-cond'! |
dan kami sedang mengumpulkan sebanyak mungkin testimoni pelanggan yang menginap di Fuzzy Homestay untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami
Anda yang mahu menginap di Fuzzy Homestay,
Sila hubungi:
Puan Syibratun Nusrah Mohd Yusja dan Puan Hajah Fudziah Teh Karim ditalian
017-593 6737
017-580 2950
05-776 4237
"Keselesaan dan ketenangan perjalanan anda, merupakan kepuasan dan kegembiraan kami"
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete